Monday, September 22, 2014

Aku Adalah Aku Bukan Siapa Siapa




Hai ! Name diberi Muhammad Izzuddin bin Abdul Alim. Name panggilan edin. tapi ade gak orang panggil aku bulat. Aku melahirkan dilahirkan pada 23 Mei 1993 di Hospital Besar Jerantut Pahang. Dibesarkan selama 2 tahun di Pahang dan berhijrah ke Selangor pada tahun 1995. Kenapa aku berhijrah? sebab hijrah itu satu perjuangan ! *nyanyi sikit* . Aku dibesarkan oleh kedua ummi dan abah aku. Ummi aku Nur Apidah Yati . Abah aku Abdul Alim. Biase dari kecil seorang anak kecil dibesarkan oleh kedua ibu ayahnye. tetapi aku mengharungi hidup aku sbagai anak kecil dengan hidup penuh berliku. Ummi telah mendapat arahan ntuk berkursus selama setahun semasa aku kecil. Selama setahun itu aku telah dihantar ke kampung dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan atok ku. selepas setahun aku kembali ke pangkuan ummi dan ayahku yang tercinta. aku bersekolah rendah dan sekolah rendah agama dengan cemerlang dan meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu skolah menengah. aku lulus tanpa mengulang skolah menengah dan bersambung ke matrikulasi. selama setahun aku menimba ilmu di matrikulasi. aku akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke UTeM . oh UTeM ku terbilang. sehingga sekarang aku masih menuntut sebagai student tahun akhir Media nteraktif di fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi .

No comments:

Post a Comment